YA ALLAH BERIKAN PETUNJUKMU...
BERIKAN SINAR KEBAHAGIANKU.....
LIMPAHKAN REDHAMU YA ALLAH...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Cinta adalah anugerah Terindah...
Tanpa cinta manusia menjadi Alpa...
Tanpa cinta manusia menjadi leka..
Tanpa cinta manusia lupa pada Maha PenciptaNYA...

Cinta adalah anugerah Terindah...
Cinta mampu mengubah segalanya..

Tuhan MabukkanLah Aku...

Tuhan mabukkanlah aku..
Dengan anggur CINTA-Mu..
Rantai kaki erat-erat..
Dengan belenggu penghambaan..
Kuraslah seluruh isi diriku..
Kecuali CINTA-Mu..
Lalu recai daku..
Hidupkan lagi diriku..
Laparku yang maha pada-Mu..
Telah membuatku..
Berlimpah karunia..”

- Anshari, Penyair Sufi Persi
Saat menjelang tidur...
Berharap esok masih berkawan pagi
Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi

Selalu begitu...
Seiring waktu dan gerak nafsu
Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin tetap berkawan pagi...

Bukankah tetap akan mati?
Jasadmu akan membusuk nanti...
Terkubur bumi dan tiada lagi berkawan pagi...

Pagi itu akan berlalu...
Mengiringi tandu dan tebaran butir- butir debu
Dari kaki-kaki para pelayat

Maka hidupkanlah...
Satu senyum menjelang tidurmu
‘Tuk sambut mimpi-mimpi duniawi...
Tentang pagi dan secuil roti untuk sarapan pagi..

Karena mungkin...
esok hari tiada lagi engkau berkawan pagi...
Mati.

Dan jadikan senyum itu...
Sebagai warisan yang abadi...
ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.

Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.

Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis:
‘Manusia itu seperti unta.
Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya.’ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.

Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.

Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.

Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita:


‘Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah.
Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.’


Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah:
‘Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka,
(maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.’ (An-Nisaa: 19)


Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita.
Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.

Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.

‘Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya
dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.’ (Surah An-Nahl: 125).


Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw
menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah.
Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah.
Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.

Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat.
Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.


KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA.
IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI.

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal~ nak kira nyer senang je….Ambil aku sebagai contoh bsday aku 21 May 1984 maknanye..
21+5+1984=2010 lepas tu campur lagi 2+0+1+0= 3 ok makna nyer aku nyer no adalah 3…

1. Ketulenan

* Hadir dengan idea baru.
* Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
* Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
* Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
* Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

* Dilahirkan sebagai diplomat.
* Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
* Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
* Mereka tidak suka bersendirian.
* Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
* Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

* Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
* Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
* Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
* Mereka sangat popular dan idealistik.
* Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konsevatif

* Golongan ini sangat peka dan tradisional.
* Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
* Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
* Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
* Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
* Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
* Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

* Mereka adalah perintis.
* Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
* Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
* Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
* Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
* Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

* Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. – Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
* Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
* Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
* Mereka suka seni musik.
* Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
* Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

* Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
* Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
* Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
* Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
* Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
* Mereka sangat suka berahsia.
* Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

* Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
* Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
* Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
* Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
* Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
* Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon

* Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
* Mereka sangat penyayang dan pemurah.
* Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
* Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
* Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
* Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
* Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

~Ini hanya sebagai paparan sahaja… bukan betul pun kekadang jer ader yang mungkin sama itupun nasib..jadi yang baik jadik ambik iktibar yang tak baik tu buang jauh ler….